Monday, January 17, 2011

Sepetang di INTAN.

Assalamualaikum,Salam Sejahtera & Salam 1 Malaysia,

Permulaan minggu yang baik untuk Maxideas Enterprise kerana kami dipanggil untuk melakukan sesi demo untuk Perisian Carikata Korporat di Perpustakaan Institusi Tadbiran Awam Negara ( INTAN ).Jutaan terima kasih kepada Ketua Perpustakaan Tuan Shafikkullah Bin Hj.Shafiee kerana sudi memberi peluang kepada pihak kami untuk menerangkan tentang fungsi perisian Carikata Korporat.

Setelah lebih 30 minit melakukan pembentangan tentang produk,Alhamdulillah dengan senang hati dan budi bicara yang kelihatan telus,Tuan Shafikkullah telah menyatakan persetujuan untuk melanggan Perisian Carikata Korporat untuk kegunaan Perpustakaan Institusi Tadbiran Awam Negara ( INTAN ).kata beliau " Perisian seperti ini sangat lengkap selain mesra pengguna dan sesuai digunakan di setiap peringkat usia ".

Dan untuk pengetahuan semua pada Disember tahun 2010,kami juga telah melakukan sesi demo di Bahagian E-pembelajaran di INTAN.Dan hasilnya juga positif,Alhamdulillah.

InsyaALLAH,sekiranya di izinkan olehNYA..pada tahun ini Perisian Carikata Korporat akan digunakan di  Perpustakaan & Bahagian E-pembelajaran di Institusi Tadbiran Awam Negara ( INTAN ) Bukit Kiara.

Terima kasih juga kepada Tuan Hazmi & Tuan Din dari MINDEF kerana tidak putus asa menghubungi saya bagi mendapatkan Perisian Carikata Edisi Premium 2011 sebentar tadi.

Ikhlas,
Nadiah.

No comments:

Post a Comment