Thursday, September 22, 2011

Informasi sempurna mengenai Perisian ( Software ) CARIKATA E-KAMUS EDISI PREMIUM 2011

Assalamualaikum,Salam Sejahtera & Salam 1 Malaysia,



Di kesempatan ini saya ingin menerangkan secara terperinci mengenai Perisian ( Software ) CARIKATA E-KAMUS EDISI PREMIUM 2011.Untuk pengetahuan semua,perisian ini dibekalkan dengan 3 user atau lesen dalam 1 harga.

Dan kami mempunyai beberapa fungsi yang sangat menarik dan mampu untuk memudahkan segala urusan anda melalui perisian terjemah No 1 di malaysia ini.

Di antara fungsinya ialah :



1) E-KAMUS = Dalam perisian ini terdapat 21 jenis kamus yang berbeza seperti Kamus Dewan,Malay-English,English-Malay,Dictionary of Computer,Dictionary of Medicine,English - Peter Collin,English Oxford,Istilah Kejuruteraan DBP,Istilah Komputer DBP,Istilah Matematik DBP,Istilah Sains DBP,Kamus Antonim,Kamus English - Indonesia,Kamus English - Malay DBP,Kamus English - Malay Times,Kamus Indonesia - English,Kamus Malay - English Masyarakat,Kamus Melayu - Arab,Kamus Melayu - Cina Asas,Kamus Sinonim,Peribahasa Melayu,Simpulan Bahasa.




2) SEMAK EJA =  Fungsi ini pula secara Automatik akan berada di dalam Microsoft Word selepas instalasi dilakukan.Anda boleh melihat contoh seperti di atas.Melaluinya juga surat-surat yang anda taip menjadi lebih berkualiti.


3) TAKRIF CEPAT = Lebih meyakinkan tentang perisian CARIKATA ini adalah fungsi takrif cepat dibina untuk memahami sesuatu 'perkataan' dengan hanya dwi klik/double click pada perkataan yang dimahukan dengan hanya memilih kamus yang sesuai.





4) E-TERJEMAH = Menariknya ialah,ini adalah perisian TERJEMAH pertama di Malaysia yang telah dibangunkan.Anda boleh menterjemahkan ayat dari Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris ke bahasa pilihan anda seperti Perancis,Sepanyol,Arab,Cina,Jepun mahupun JAWI melalui Microsoft Word dengan had minima 1500 patah perkataan setiap kali nota anda hendak diterjemahkan.

5) Melalui interface kami juga,anda boleh terjemahkan dari Bahasa Melayu,Inggeris,Arab & Cina ke 17 bahasa yang lain.Dan melalui perisian ini juga menyediakan contoh-contoh surat dalam Bahasa Melayu & Inggeris seperti resume,kertas kerja,soalan peperiksaan Upsr,Pmr,Spm dan Pantun.

Kelima-lima fungsi utama kami gabungkan menjadi satu bentuk perisian,dengan kemudahan 3 user atau lesen diberi,menjimatkan masa,harga yang berpatutan,dan mendidik anda secara tidak langsung untuk peka dalam setiap jenis kerja yang anda lakukan.

Untuk pertanyaan sila emelkan ke maxideas.carikata@gmail.com atau hubungi di talian 017-2408409.


Sekian,Terima Kasih!


" Kepuasan Anda,Tanggungjawab Kami! "


Ikhlas,
Nadiah



Wednesday, September 21, 2011

Destinasi seterusnya...Universiti Utara Malaysia!

Assalamualaikum,Salam Sejahtera & Salam 1 Malaysia,

Alhamdulillah..segala pujian kepada ALLAH SWT,segala urusan kami di UTHM telah dipermudahkanNYA dalam siri jelajah produk Perisian ( Software ) CARIKATA E-KAMUS EDISI PREMIUM 2011.

InsyaALLAH sekiranya dipermudahkan kami akan meneruskan siri promosi kami ke Universiti Utara Malaysia,Sintok Kedah pada 25hb September - 29hb September bermula jam 9 pagi sehingga 10 malam yang bertempat di Varsity Mall.

Ini juga merupakan lokasi yang kedua kami selepas seminggu di UTHM pada minggu lalu.Diharapkan dengan kehadiran kami dapat memberi informasi kepada para pelajar dan pengguna di UUM tentang kepentingan menggunakan kamus seiring dengan teknologi terkini. Jumpa Kalian di sana!

Sekian,Terima Kasih!

Ikhlas,
Nadiah

Tuesday, September 13, 2011

Hari pertama di UTHM

Assalamualaikum,Salam Sejahtera & Salam 1 Malaysia,

Syukur alhamdulillah kami telah selamat sampai di UTHM bagi siri jelajah untuk mempromosikan Perisian ( Software ) CARIKATA E-KAMUS EDISI PREMIUM 2011.

Pada hari pertama,kaunter kami telah dibanjiri dengan pelbagai pertanyaan daripada pelajar-pelajar mengenai fungsi berkaitan dengan perisian ini.Penerangan demi penerangan kami lakukan bagi memastikan segala informasi yang tepat telah kami sampaikan mengenai produk ini secara percuma.

Untuk pengetahuan semua,untuk lawatan kami di UTHM kami mempunyai stok yang sangat terhad dimana respon untuk produk ini sangat menggalakkan.Dan bagi mereka yang terawal sahaja boleh mendapatkannya secara terus dari saya.Tempahan awal juga boleh dilakukan bagi mengelakkan kesulitan.

Terima kasih dari hati yang paling dalam buat warga pelajar mahupun kakitangan UTHM diatas kerjasama yang baik dan diatas sikap yang mesra.Kepada kalian yang telah pun mendapat penerangan atau yang sudah melanggan,mohon uar-uarkan pada rakan taulan dan sahabat handai mengenai perisian ini.Semoga dengan cara ini kita dapat membantu di antara satu sama lain bagi melicinkan urusan seharian dan juga menggalakkan para siswi dan siswazah agar lebih kerap menggunakan 'kamus elektronik' seiring dengan teknologi terkini.

Sila hubungi saya di talian 017-2408409 atau terus ke kaunter kami untuk mendapatkan informasi yang sempurna secara percuma.Kami juga memberi peluang kepada mereka yang berminat secara serius untuk menjana pendapatan secara sambilan melalui perisian ini.



Sekian,Terima Kasih!


" Semoga ALLAH memberi rahmat & memberi kesihatan yang baik kepada sekalian makhluk! "


Ikhlas,
Nadiah

Friday, September 9, 2011

Kami akan ke Universiti Tun Hussein Onn ( UTHM )

Assalamualaikum,Salam Sejahtera & Salam 1 Malaysia,

Dalam kesempatan Syawal yang mulia ini,saya selau Peneraju Utama MAXIDEAS ENTERPRISE menyusun sepuluh jari andai terkasar bahasa sama ada secara langsung atau pun tidak,dan semoga kalian halalkan segalanya semasa proses jual beli dilakukan.

Seperti yang telah saya maklumkan di dalam entri sebelum ini bahawa kami akan meneruskan perjalanan kami bagi mempromosikan produk Perisian ( Software ) CARIKATA E-KAMUS EDISI PREMIUM 2011

Dan kali ini kami memilih untuk pergi ke Universiti Tun Hussein Onn ( UTHM ) di Parit Raja,Batu Pahat Johor.Siri jelajah promosi kami akan bermula pada minggu hadapan bersamaan 12hb September 2011 - 16hb September 2011 ( Isnin - Jumaat ) seawal 8 pagi hingga 6 petang.

Jadi kepada anda yang telah membaca informasi terkini ni,segeralah mencanangkan kepada semua tentang kehadiran pihak kami kepada semua yang berada sana.


Jumpa anda disana!


" Semoga sillaturahim yang bakal terkjalin diberkatiNYA "


Ikhlas,
Nadiah