Monday, January 24, 2011

CARIKATA E-KAMUS EDISI PREMIUM @APIUM

Assalamualaikum,Salam Sejahtera & Salam 1 Malaysia,

Seperti yang saya war-warkan sebelum ini,hari ini adalah hari pertama kami di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya ( APIUM ) bagi mempromosikan produk perisian ( software ) CARIKATA E-KAMUS EDISI PREMIUM.

Syukur Alhamdulillah saya panjatkan ke hadrat ALLAH SWT,kerana seperti biasa perisian ini mendapat sambutan dan diantara pelanggan kami adalah seorang tutor di UM yang saya kenali di laman sesawang 'Facebook' melalui halaman ' Anak-anak Negeri Sembilan '.Sebenarnya ini bukan kali pertama saya berurusan jual beli dengan menggunakan medium elektronik seperti 'Facebook' sebagai pengantara dengan pengguna.

InsyaALLAH,pelbagai cara komunikasi telah kami wujudkan semata-mata untuk memudahkan anda mendapat informasi yang terkini & tepat bagi memuaskan keperluan anda sebagai pengguna.Kepada para sahabat saya memohon sekali lagi agar menghebahkan kepada saudara-saudara kita bahawa datanglah beramai-ramai ke kaunter CARIKATA E-KAMUS EDISI PREMIUM untuk mendapatkan penerangan percuma mengenai produk ini.

" Semoga sekalian makhluk diberkati oleh Maha PENCIPTA "

Ikhlas,
Nadiah

No comments:

Post a Comment