Sunday, November 4, 2012

Varsity Mall UUM ( NOV 12 )


Assalamualaikum,Salam Sejahtera & Salam 1 Malaysia,

Kami akan berada di Varsity Mall UUM bagi mempromosikan Perisian CARIKATA E-KAMUS EDISI PREMIUM bermula hari ini 4/11/12 sehingga 8/11/12 dari jam 10 pagi - 10 malam.

Semua dijemput hadir untuk mendapatkan penerangan percuma mengenai perisian ini.

Terima Kasih!

Saturday, December 31, 2011

Program Usahawan 2012

Assalamualaikum,Salam Sejahtera & Salam 1 Malaysia,

Semoga para pengunjung blog ini berada di dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa di bawah lindunganNYA.Seperti yang anda semua maklum kami di Maxideas Enterprise telah pun mencapai misi kami dalam program jelajah Universiti bagi mempromosikan produk Perisian CARIKATA E-KAMUS EDISI PREMIUM 2011.

Jutaan terima kasih dari hati yang paling dalam kepada para pembeli yang telah sudi melanggan serta secara tidak langsung mempercayai produk keluaran bumiputra sekaligus dapat memperkasakan bahasa melayu dan seterusnya mencapai objektif utama kami iaitu 'kekerapan menggunakan kamus'.

Di sini juga saya ingin mengambil kesempatan membuat sedikit pengumuman iaitu - Program Usahawan CARIKATA akan dibuka mulai 1hb Januari 2012 sehingga ke tarikh akhir yang akan diberitahu kelak.Program ini bertujuan untuk melahirkan Usahawan-usahawan dengan menjana pendapatan melalui produk Carikata dan niat kami juga adalah untuk melahirkan usahawan muda.

Untuk pengetahuan semua,ada di antara anda yang telah pun menemui Usahawan-usahawan Carikata.Ini adalah kerana,sebagai pemilik Carikata,anda pasti telah membeli dari salah seorang Usahawan Carikata.Ini kerana pihak Syarikat Amaniz Management sebagai pengeluar produk ini tidak menjual produk ini secara langsung terutama di premis-premis perniagaan.

Sebagai mana tahun lalu,Program Usahawan Carikata ini hanya akan dibuka selama beberapa hari sahaja ( di mana tahun lepas hanya 17 hari ) dan hanya menerima 25 orang usahawan terawal.

Ini memastikan setiap usahawan akan mempunyai hak pengedaran yang cukup luas dan pihak kami mudah membantu usahawan baru dengan menumpukan lebih perhatian terhadap pembangunan kemahiran dan teknik dalam memajukan perniagaan mereka.

Kami juga mengalu-alukan kepada mereka yang ingin menjadi Usahawan,dari Perlis,Kedah,Pulau Pinang,Perak,Johor Bahru,Melaka,Kelantan,Terengganu dan juga Pahang.Ini adalah kerana,di negeri-negeri ini kami tidak mempunyai ramai usahawan produk Carikata.Dan ini adalah peluang yang sangat baik untuk anda memulakan perniagaan anda seterusnya menjadi Usahawan yang berjaya.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut dan sebarang pertanyaan boleh terus menghubungi saya di talian 0172408409 atau layangkan emel kepada kami di maxideas.carikata@gmail.com
Program Usahawan Carikata ini juga terbuka kepada pelajar-pelajar IPT.

Di sini juga saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2012 kepada semua dan semoga tahun baru ini akan sentiasa diberikan kesihatan yang baik,segala urusan dipermudahkan dan lebih produktif dari tahun yang sebelumnya.

" Pepatah ada mengatakan,Bukan Senang Nak Senang..Dan Bukan Susah Nak Susah "

Ikhlas,
Nadiah

Monday, November 28, 2011

Universiti Malaysia Kelantan

Assalamualaikum,Salam Sejahtera & Salam 1 Malaysia,

Bermula hari ini 28hb November sehingga 1hb Disember 2011 kami akan membuka kaunter jualan di hadapan Student Enterprise Centre ( SEC ) dari jam 9.30 pagi - 5 petang.

Kepada mereka yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Perisian kami,jemput datang ke kaunter.Penerangan percuma diberikan.

Sekian,Terima Kasih!

Ikhlas,
Nadiah

Sunday, October 16, 2011

UITM Arau,Perlis...

Assalamualaikum,Salam Sejahtera & Salam 1 Malaysia,

Dengan izin ALLAH,esok Isnin - Jumaat ( 17hb - 21hb Oktober ) kami akan membuka kaunter di Anjung Siswa UITM Perlis bagi meneruskan siri jelajah promosi terakhir di Utara,iaitu produk Perisian ( Software ) CARIKATA E-KAMUS EDISI PREMIUM 2011.

Dan kepada anda yang ingin mengetahui secara terperinci mengenai Perisian ini,sila luangkan masa untuk datang ke kaunter kami bagi mendapatkan penerangan secara percuma dari jam 9 pagi - 5 petang.

Jumpa anda di sana!

Ikhlas,
Nadiah

Thursday, October 13, 2011

Hari terakhir di Perpustakaan Hamzah Sendut USM

Assalamualaikum,Salam Sejahtera & Salam 1 Malaysia,

Syukur kerana segala urusan kami dipermudahkan di Perpustakaan Hamzah Sendut USM.Dan esok adalah hari terakhir kami di sini.

Jutaan terima kasih kepada pengurusan Perpustakaan khasnya kepada En.Azman kerana memberi peluang kepada kami untuk memperlihatkan produk Perisian ( Software ) CARIKATA E-KAMUS EDISI PREMIUM 2011 kepada warga USM Penang.

Teristimewa kepada para pelanggan kami di USM,terima kasih yang tidak terhingga dari kami kerana sudi menyokong produk buatan anak tempatan.Mohon ampun dan maaf andai tersalah kata dari pihak kami andai terkasar bahasa sama ada secara langsung atau tidak semasa urusan jual beli dilakukan.

                                    Di antara pelajar yang telah memiliki perisian ini.

Kepada yang masih belum mendapatkan produk ini,mohon sms/call ke talian 017-2408409 untuk membuat tempahan segera.InsyaALLAH kami akan berada di kaunter bermula jam 9 pagi - 5 petang.  

Sekiranya anda mempunyai masalah teknikal sila email ke 24jam@amanizcarikata.com

Sekian,Terima Kasih.


" Setiap kejayaan memerlukan pengorbanan,dan pengorbanan Anda...bermula di sini! "

Ikhlas,
Nadiah

Sunday, October 9, 2011

Perpustakaan Universiti Sains Malaysia

Assalamualaikum,Salam Sejahtera & Salam 1 Malaysia,

InsyaALLAH hari esok Isnin bersamaan dengan 10hb - 14hb Oktober kami dari akan membuka kaunter di Perpustakaan Universiti Sains Malaysia dari jam 9 pagi hingga 5 petang.

Kepada para Pelajar,Pensyarah mahupun warga USM yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang Perisian ( Software ) CARIKATA E-KAMUS EDISI PREMIUM 2011 bolehlah datang beramai-ramai untuk mendapatkan penerangan secara percuma daripada saya.

Terima kasih yang tidak terhingga dari kami khasnya untuk pentadbiran Perpusatakaan USM kerana memberi ruang kepada kami untuk berkongsi ilmu mengenai produk ini.


Sekian,Terima Kasih.

" Ku mohon agar ALLAH mempermudahkan segala urusan makhluk di bumi & di langit! "

Ikhlas,
Nadiah

Wednesday, October 5, 2011

Hari terakhir di Universiti Utara Malaysia ( UUM )

Assalamualaikum,Salam Sejahtera & Salam 1 Malaysia,

Alhamdulillah,syukur ke hadrat ALLAH SWT kerana dengan belasNYA perjalanan & urusan kami dipermudahkan di Universiti Utara Malaysia.

Minggu pertama ( minggu lepas ) adalah merupakan satu kejayaan besar bagi kami di Varsity Mall kerana berjaya mendaftarkan lebih 100 orang pelajar untuk menggunakan Perisian ( Software ) CARIKATA E-KAMUS EDISI PREMIUM 2011.

Di atas sambutan yang menggalakkan dari para pelajar mahupun pensyarah,kami berpeluang untuk mengadakan promosi di DKG2 bermula ahad lepas sehingga esok ( 2hb - 6hb Oktober ).

Kepada kalian yang masih belum mendapatkan Perisian ini,esok adalah hari TERAKHIR kami di UUM.Sila datang sebelum jam 4 petang sementara stok masih ada.Terhad!Boleh membuat tempahan/booking untuk mendapatkannya.Sms ke 017-2408409.

" Telus dalam memberikan informasi adalah matlamat kami! "

Ikhlas,
Nadiah