Saturday, January 29, 2011

Perjalanan promosi CARIKATA E-KAMUS EDISI PREMIUM

Assalamualaikum,Salam Sejahtera & Salam 1 Malaysia,

Alhamdulillah hari ini ada sedikit ruang untuk saya mengemaskini blog mengenai perjalanan promosi kami di APIUM & Masjid Bukit Aman.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada warga Universiti Malaya terutamanya di Akademi Pengajian Islam kerana masih lagi menyokong dan mempercayai produk CARIKATA E-KAMUS EDISI PREMIUM untuk dijadikan rujukan bagi melicinkan segala urusan mereka.Sokongan padu anda amatlah kami hargai.Terima Kasih!

Semalam 28hb Januari 2011 saya berpeluang sekali lagi mempromosikan produk ini di Masjid Bukit Aman dan sambutannya amat menggalakkan.Ucapan terima kasih yang paling dalam kepada Imam Besar iaitu Ustaz Hassan & Ustaz Abdul Halim selaku penyampai tazkirah setiap jumaat,kerana sudi melanggan.Ada juga pembeli yang berminat menjadi pengedar bagi produk hebat ini..Alhamdulillah.

InsyaALLAH,kami akan teruskan promosi ini di APIUM bermula 7hb Februari 2011 sehingga 11hb Februari 2011 iaitu selepas hari raya cina.Kepada pengguna jalan raya,utamakan keselamatan dan jangan lupa memastikan diri dan kenderaan anda berada dalam keadaan yang baik.

" Semoga kita selalu berada di bawah lindungan kasihNYA "

Ikhlas,
Nadiah

No comments:

Post a Comment