Saturday, April 23, 2011

Hari kedua di Pesta Buku Antarabangsa di PWTC.






Assalamualaikum,Salam Sejahtera & Salam 1 Malaysia,

Hari ini merupakan hari kedua kami mempromosikan CARIKATA E-KAMUS EDISI PREMIUM 2011 di PWTC bersempena Pesta Buku Antarabangsa yang bermula dari jam 10 pagi - 9 malam.

Syukur alhamdulillah produk CARIKATA diterima positif oleh pengunjung yang mengunjungi pesta buku ini.Dan jutaan terima kasih kepada mereka yang telah melanggan produk ini.Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan,sila hubungi saya segera untuk informasi yang lengkap.

Kepada yang belum mengunjungi gerai kami,saya ada sertakan gambar seperti di atas bagi memudahkan kunjungan anda di sini.Jemput datang beramai-ramai untuk memeriahkan dan menimba pelbagai ilmu untuk sajian minda.


Ikhlas,
Nadiah

Thursday, April 21, 2011

Maxideas Enterprise mengambil bahagian bersempena Pesta Buku Antarabangsa 2011 di PWTC

Assalamualaikum,Salam Sejahtera & Salam 1 Malaysia,

Sepuluh jari di susun memohon maaf diatas kelewatan saya untuk mengemaskini blog ' MaxideasCarikata '.

Seperti yang dihebahkan oleh media cetak,mahupun elektronik..pada tahun ini Pesta Buku Antarabangsa akan berlangsung pada esok hari iaitu Jumaat bersamaan 22hb APRIL 2011 - 1hb MEI 2011 bertempat di PWTC bersebelahan hotel Seri Pacific dan berhadapan dengan Hotel Legend.Pesta tersebut akan bermula seawal 10 pagi - 9 malam.

Syukur yang teramat sangat kerana dengan limpah kurnianya Maxideas Enterprise berjaya mengambil bahagian di dalam sebuah pesta gergasi yang memang selalu di nantikan oleh pencinta buku.

Perisian ( Software ) CARIKATA E-KAMUS EDISI PREMIUM 2011 akan berada di booth B64...ARAS 3 PWTC berhadapan dengan escalator ( tangga bergerak ).Seandainya anda berhasrat untuk datang ke pwtc,kami mengalu-alukan kehadiran anda ke booth kami untuk mendapatkan penerangan secara percuma berkenaan Perisian CARIKATA E-KAMUS EDISI PREMIUM 2011.

Diharapkan kehadiran anda membakar semangat kami untuk membantu & mendidik agar kita menghargai dan memperkasakan bahasa ibunda agar tidak hilang di telan zaman.Disamping itu dengan adanya pesta sebegini dapat menggalakkan minat membaca dalam setiap diri individu.

Sekian,Terima Kasih!

" Sesungguhnya ilmu itu tidak datang sendiri seandainya kita yang telah dikurniakan akal tidak memanfaatkannya.. "

Ikhlas,
Nadiah

Wednesday, April 6, 2011

Ingin menjana pendapatan bersama kami di MAXIDEAS ENTERPRISE?

Assalamualaikum,Salam Sejahtera & Salam 1 Malaysia,

Alhamdulillah,bersyukur ke hadrat ALLAH SWT kerana memanjangkan & memelihara umur kita sehingga kini.

Setinggi-tinggi kesyukuran di panjatkan kerana produk perisian ( software ) CARIKATA E-KAMUS EDISI PREMIUM 2011 mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para pengguna dari pelbagai lapisan masyarakat.Dan secara peribadi,ini adalah satu perkhabaran yang positif kerana ' sifat ' kamus masih lagi dipraktikkan walaupun tanpa menggunakan buku.

Oleh kerana itu,saya ingin berkongsi dengan para pengunjung blog ini untuk bersama-sama menjana pendapatan melaluinya.Saya ingin memberi peluang/menawarkan kepada semua para sahabat yang ingin bekerja sepenuh masa atau sambilan.Mohon untuk uar-uarkan perkara ini kepada mereka yang boleh memberikan komitmen bukan kepada saya,tetapi untuk menjana PENDAPATAN DIRI SENDIRI.

Kelayakan yang diperlukan ialah :

1) KOMITMEN 100% ( lebih kepada diri sendiri sebenarnya )
2) TANGGUNGJAWAB terhadap produk CARIKATA E-KAMUS
3) Berpengetahuan mengendalikan komputer sekurang-kurangnya MS Word.
4) Berfikiran Positif

Sekiranya anda mempunya keempat-empat kriteria ini,maka anda layak untuk menjadi agen kepada MAXIDEAS ENTERPRISE yang Sah.

Pasaran?

Jika anda mempunyai masalah tentang ini,usah gusar dan bimbang.Kebanyakan individu di Malaysia mampu membeli sebuah komputer.Jadi itu adalah prospek pelanggan anda.Dan juga kakitangan kerajaan,swasta&pelajar.Kebanyakan mereka juga menggunakan komputer di pejabat,sekolah,universiti,kolej dan sebagainya.Jadi,pasaran untuk produk ini adalah LUAS.

Sebarang pertanyaan,bolehlah menghubungi saya di talian 017-240 8409 atau emel kepada maxideas.carikata@gmail.com

Terima Kasih.

" Sesungguhnya REZEKI tu milik ALLAH.hak mutlakNYA.diberikan seluas-luasnya jika DIA mahu "

Ikhlas,
Nadiah