Saturday, January 29, 2011

Perjalanan promosi CARIKATA E-KAMUS EDISI PREMIUM

Assalamualaikum,Salam Sejahtera & Salam 1 Malaysia,

Alhamdulillah hari ini ada sedikit ruang untuk saya mengemaskini blog mengenai perjalanan promosi kami di APIUM & Masjid Bukit Aman.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada warga Universiti Malaya terutamanya di Akademi Pengajian Islam kerana masih lagi menyokong dan mempercayai produk CARIKATA E-KAMUS EDISI PREMIUM untuk dijadikan rujukan bagi melicinkan segala urusan mereka.Sokongan padu anda amatlah kami hargai.Terima Kasih!

Semalam 28hb Januari 2011 saya berpeluang sekali lagi mempromosikan produk ini di Masjid Bukit Aman dan sambutannya amat menggalakkan.Ucapan terima kasih yang paling dalam kepada Imam Besar iaitu Ustaz Hassan & Ustaz Abdul Halim selaku penyampai tazkirah setiap jumaat,kerana sudi melanggan.Ada juga pembeli yang berminat menjadi pengedar bagi produk hebat ini..Alhamdulillah.

InsyaALLAH,kami akan teruskan promosi ini di APIUM bermula 7hb Februari 2011 sehingga 11hb Februari 2011 iaitu selepas hari raya cina.Kepada pengguna jalan raya,utamakan keselamatan dan jangan lupa memastikan diri dan kenderaan anda berada dalam keadaan yang baik.

" Semoga kita selalu berada di bawah lindungan kasihNYA "

Ikhlas,
Nadiah

Thursday, January 27, 2011

2 Kaunter akan dibuka.

Assalamualaikum,Salam Sejahtera & Salam 1 Malaysia,

Syukur Alhamdulillah di atas segala rahmat dan hidayah yang telah di beri oleh ALLAH SWT,di berinya kesihatan tubuh badan,kesihatan minda & seterusnya memudahkan urusan seharian..Amin!

Setinggi-tinggi terima kasih dari pihak MAXIDEAS ENTERPRISE ucapkan kepada Director of Cultural Centre Associate Professor Dr. Mohd Nasir Bin Hashim & juga seorang pensyarah di APIUM Ustaz Ridzwan Bin Ahmad kerana sudi melanggan produk CARIKATA E-KAMUS EDISI PREMIUM semalam 26hb Januari 2011 bertempat di ruang legar APIUM.Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada para pelajar yang sudi mendengar penerangan mengenai produk ini dan seterusnya menggunakan Perisian ini.

InsyaALLAH esok hari Jumaat 28hb Januari 2011,kami akan membuka dua kaunter CARIKATA E-KAMUS iaitu masih lagi di APIUM yang bermula dari jam 9 pagi - 6 petang ( boleh berjumpa dengan En.Aidzeef ) & juga di Masjid Bukit Aman dari jam 12 tengahari - 3 petang ( boleh berjumpa dengan Cik Nadiah ) untuk mendapatkan Perisian ini.Harap Maklum!



" Semoga sekalian makhluk diberkati dah dirahmati olehNYA "

Ikhlas,
Nadiah

Monday, January 24, 2011

CARIKATA E-KAMUS EDISI PREMIUM @APIUM

Assalamualaikum,Salam Sejahtera & Salam 1 Malaysia,

Seperti yang saya war-warkan sebelum ini,hari ini adalah hari pertama kami di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya ( APIUM ) bagi mempromosikan produk perisian ( software ) CARIKATA E-KAMUS EDISI PREMIUM.

Syukur Alhamdulillah saya panjatkan ke hadrat ALLAH SWT,kerana seperti biasa perisian ini mendapat sambutan dan diantara pelanggan kami adalah seorang tutor di UM yang saya kenali di laman sesawang 'Facebook' melalui halaman ' Anak-anak Negeri Sembilan '.Sebenarnya ini bukan kali pertama saya berurusan jual beli dengan menggunakan medium elektronik seperti 'Facebook' sebagai pengantara dengan pengguna.

InsyaALLAH,pelbagai cara komunikasi telah kami wujudkan semata-mata untuk memudahkan anda mendapat informasi yang terkini & tepat bagi memuaskan keperluan anda sebagai pengguna.Kepada para sahabat saya memohon sekali lagi agar menghebahkan kepada saudara-saudara kita bahawa datanglah beramai-ramai ke kaunter CARIKATA E-KAMUS EDISI PREMIUM untuk mendapatkan penerangan percuma mengenai produk ini.

" Semoga sekalian makhluk diberkati oleh Maha PENCIPTA "

Ikhlas,
Nadiah

Sunday, January 23, 2011

Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya

Assalamualaikum,Salam Sejahtera & Salam 1 Malaysia,

Kepada semua yang mengikuti blog ini,di sini saya ingin memaklumkan kepada semua bahawa mulai esok Isnin bersamaan 24hb Januari 2011,saya & saudara Aidzeef akan membuka kaunter CARIKATA E-KAMUS di laluan pelajar dari jam 9 pagi - 6 petang di  Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM) bagi mempromosikan produk perisian ini.

Mohon kepada semua para sahabat di sini agar sudi membeitahu rakan taulan bagi tujuan berkenaan.


" Semoga setiap langkah dan perbuatan kita di lindungi olehNYA "

Ikhlas,
Nadiah

Wednesday, January 19, 2011

Jabatan Syariah,Fakulti Pengajian Islam UKM

Assalamualaikum,Salam Sejahtera & Salam 1 Malaysia,

Alhamdulillah dengan IzinNYA MAXIDEAS ENTERPRISE yang menjadi pengedar sah untuk Perisian CARIKATA EDISI PREMIUM 2011 telah pun mendapat kepercayaan daripada ramai pensyarah di Jabatan Syariah,Fakulti Pengajian Islam UKM untuk menggunakan perisian ini bagi memudahkan & melicinkan urusan seharian mereka.

Dan semalam,salah seorang daripada pensyarahnya iaitu Ustazah Maryam telah pun memperkenalkan produk CariKata ini kepada para pelajarnya bagi membantu mereka dalam usaha mendalami ilmu di peringkat Universiti.Alhamdulillah,produk ini diterima baik dan sebagai seorang konsultan dengan santainya saya menerangkan cara mendaftar & cara penggunaannya.Kepada adik-adik yang telah pun mendaftar,pihak kami doakan semoga dengan adanya perisian ini dapat membantu anda dalam usaha menjadi pelajar yang berkualiti dan berjaya di masa hadapan kelak.

Kepada mereka yang ingin mendapatkan perisian ini,bolehlah menghubungi saya di talian 017-240 8409 untuk membuat pembelian.

InsyaALLAH,seperti biasa pada hari Jumaat ini bersamaan 21hb Januari 2011 kami akan membuka kaunter di Masjid Bukit Aman sebelum & selepas solat Jumaat.

~ Semoga ALLAH senantiasa memudahkan urusan kita ~

Ikhlas,
Nadiah 

Monday, January 17, 2011

Sepetang di INTAN.

Assalamualaikum,Salam Sejahtera & Salam 1 Malaysia,

Permulaan minggu yang baik untuk Maxideas Enterprise kerana kami dipanggil untuk melakukan sesi demo untuk Perisian Carikata Korporat di Perpustakaan Institusi Tadbiran Awam Negara ( INTAN ).Jutaan terima kasih kepada Ketua Perpustakaan Tuan Shafikkullah Bin Hj.Shafiee kerana sudi memberi peluang kepada pihak kami untuk menerangkan tentang fungsi perisian Carikata Korporat.

Setelah lebih 30 minit melakukan pembentangan tentang produk,Alhamdulillah dengan senang hati dan budi bicara yang kelihatan telus,Tuan Shafikkullah telah menyatakan persetujuan untuk melanggan Perisian Carikata Korporat untuk kegunaan Perpustakaan Institusi Tadbiran Awam Negara ( INTAN ).kata beliau " Perisian seperti ini sangat lengkap selain mesra pengguna dan sesuai digunakan di setiap peringkat usia ".

Dan untuk pengetahuan semua pada Disember tahun 2010,kami juga telah melakukan sesi demo di Bahagian E-pembelajaran di INTAN.Dan hasilnya juga positif,Alhamdulillah.

InsyaALLAH,sekiranya di izinkan olehNYA..pada tahun ini Perisian Carikata Korporat akan digunakan di  Perpustakaan & Bahagian E-pembelajaran di Institusi Tadbiran Awam Negara ( INTAN ) Bukit Kiara.

Terima kasih juga kepada Tuan Hazmi & Tuan Din dari MINDEF kerana tidak putus asa menghubungi saya bagi mendapatkan Perisian Carikata Edisi Premium 2011 sebentar tadi.

Ikhlas,
Nadiah.

Friday, January 14, 2011

Maxideas Enterprise

Assalamualaikum,Salam Sejahtera & Salam 1 Malaysia,

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ALLAH SWT,selawat kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan juga kepada keluarga & para sahabat baginda,tidak lupa kepada para nabi-nabi,rasul-rasul,para malaikat dan para anbia.Rasa terima kasih & penghargaan yang paling dalam  teristimewa kepada keluarga tercinta,sahabat handai dan khasnya pihak pengurusan Amaniz Management Sdn Bhd.

Syukur yang teramat sangat kerana Maxideas Enterprise telah pun menjadi pengedar Perisian ( Software ) CARIKATA E-KAMUS EDISI PREMIUM 2010/2011 yang sah selama Setahun dua bulan.

Matlamat kami adalah untuk menyedarkan para pengguna terutamanya bagi mereka yang ' lemah ' dalam penggunaan bahasa terutamanya bahasa Melayu & Inggeris.

Siapa yang patut menggunakan perisian ini?Untuk makluman anda,semua peringkat usia digalakkan menggunakan perisian ini bagi memudahkan & melicinkan urusan seharian.

Dengan Perisian (Software) CARIKATA E-Kamus Edisi Premium 2011 :

1) Terjemahkan NOTA anda dari pelbagai bahasa,sebagai contoh ( Melayu/Inggeris/Arab/Cina ) ke 10 Bahasa Utama Dunia dgn hanya 1 klik.Nota anda akan segera diterjemahkan.

2) 21 jenis kamus ( Kamus Dewan,Eng/Mal,Mal/Eng,Mal/Arab,Pelbagai Istilah DBP,Peribahasa Melayu,Antonim,Sinonim ) dan sebagainya.

3) Kamus Melayu & Inggeris mempunyai fungsi Suara ( Sebutan )

4) Semak Eja automatik dlm Bahasa Melayu

5) E-Pustaka ( Himpunan jenis2 surat,pantun,kertas2 soalan ramalan,percubaan dan peperiksaan UPSR,PMR,SPM dlm Bahasa Melayu & Inggeris )

6) Takrif Cepat ( mengetahui maksud perkataan dgn hanya 1 klik )

7) Ciri-ciri terbaru termasuk Jawi terjemah pertama di malaysia dgn accuracy 90% dan terjemah di MS WORD bahasa Inggeris,Arab,Melayu,Cina dan sebagainya.

8) 3 user/license diberikan utk memudahkan urusan anda!

9) Harga produk CARIKATA lebih berpatutan dari yang sedia ada di pasaran,di mana hanya perlu di bayar Sekali sahaja.




























Yang penting,adalah buatan MALAYSIA =)


Hubungi saya : 017- 240 8409