Monday, March 28, 2011

Temui kami di Institut Perguruan Islam Bangi

Assalamualaikum,Salam Sejahtera & Salam 1 Malaysia,
Semoga kalian di dalam keadaan yang sehat sejahtera hendaknya.Maaf seribu kali maaf kerana lambat untuk mengemaskini blog ini.

Alhamdulillah,bersyukur kepada MAHA PENCIPTA kerana memudahkan perjalanan & langkah promosi kami sepanjang 3 minggu berada di Pusanika @UKM Bangi.Pelbagai ragam dan kisah menarik yang menjadi asam garam semasa kami di sana.Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang menyokong kami dan kepada pengguna CARIKATA E-KAMUS EDISI 2011 kami doakan semoga dengan adanya produk ini dapat melancarkan urusan anda & semoga berjaya!

Dan siri jelajah kami masih lagi berada di Bangi iaitu Institut Perguruan Islam Bangi.Bermula dari hari ini Isnin bersamaan 28/3/11 sehingga hari Khamis 31/3/11 dari jam 9 pagi hingga 6 petang.Mohon dari hati yang paling dalam untuk uar-uarkan kepada sahabat handai tentang kami di sini.Boleh berhubung terus dengan saya di talian 017-2408409.

Sekian,Terima Kasih!

" Kita bukanlah insan yang serba tahu..carilah pelajaran yang diberkati dan boleh dimanfaatkan.."

Ikhlas,
Nadiah.

No comments:

Post a Comment