Thursday, March 10, 2011

Informasi terkini @Pusanika UKM

Assalamualaikum,Salam Sejahtera & Salam 1 Malaysia,

Syukur ke hadrat ALLAH SWT dengan limpah kurnianya dapat saya coretkan sedikit informasi tentang perjalanan CARIKATA EDISI PREMIUM 2011 di Pusanika UKM.

Seperti yang dimaklumkan di dalam ruangan sebelum ini,kami memulakan promosi dari Isnin lepas dan sambutan yg kami terima amat menggalakkan daripada warga UKM sama ada pelajar mahupun kalangan pensyarah.

Alhamdulillah,kaunter kami tidak putus dengan kehadiran para pelajar untuk mendapatkan informasi yang tepat mengenai Perisian ( Software ) CARIKATA ini.Kepada mereka yang sudah memilikinya,pihak kami berharap agar produk ini dapat membantu anda dalam menangani masalah mahupun memudahkan urusan seharian.Dan nasihat saya,agar anda mendalami ataupun selalu menggunakan Perisian CARIKATA agar dapat mengetahui kelebihan & keistimewaan yang terdapat di dalamnya.

Dan esok hari Jumaat bersamaan 11hb Mac 2011 adalah hari terakhir kami di Pusanika UKM.Sekali lagi,mohon uar-uarkan tentang produk ini kepada kenalan mahupun rakan taulan.Boleh juga menghubungi saya di talian 017-240 8409 untuk mendapatkan informasi dan tempahan.

Sekian,Terima Kasih!

" Semoga ALLAH memberkati segala ilmu & menjadikan kita insan yang Berkualiti "

Ikhlas,
Nadiah

No comments:

Post a Comment