Monday, March 14, 2011

Minggu kedua di Pusanika @UKM

Assalamualaikum,Salam Sejahtera & Salam 1 Malaysia,
Selamat kembali dari berhujung minggu kepada semua.Pada hari ini 14hb Mac 2011,kami masih lagi berada di Pusanika @UKM bagi menyambung jelajah promosi kami yang bermula dengan minggu lepas.

Jutaan terima kasih yang tidak terhingga khasnya,kepada warga UKM yang tidak jemu memberi sokongan yang amat padu dan menjadi inspirasi untuk kami meneruskan kerja-kerja promosi bagi produk mesra pengguna iaitu Perisian  CARIKATA E-KAMUS EDISI PREMIUM 2011.

Kepada mereka yang masih lagi tidak berkesempatan untuk singgah di kaunter kami,bolehlah berbuat demikian untuk mendapatkan informasi yang lengkap dan tepat secara percuma.Mohon berjumpa dengan Cik Nadiah untuk tujuan berkenaan.

Di kesempatan ini,saya ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada Ustaz Mohd Izhar Ariff,Pensyarah dari Jabatan Syariah FPIUKM yang juga pengguna CARIKATA E-KAMUS,kerana terpilih untuk menjadi mursyid dalam program kesukaan ramai iaitu Imam Muda 2 terbitan Astro Oasis yang akan berlangsung tidak lama lagi.


Sekian,Terima Kasih.


" Memohon agar MAHA PENCIPTA melindungi saudara-saudara kita yang berada di negara Matahari Terbit "


Ikhlas,
Nadiah

No comments:

Post a Comment