Tuesday, September 13, 2011

Hari pertama di UTHM

Assalamualaikum,Salam Sejahtera & Salam 1 Malaysia,

Syukur alhamdulillah kami telah selamat sampai di UTHM bagi siri jelajah untuk mempromosikan Perisian ( Software ) CARIKATA E-KAMUS EDISI PREMIUM 2011.

Pada hari pertama,kaunter kami telah dibanjiri dengan pelbagai pertanyaan daripada pelajar-pelajar mengenai fungsi berkaitan dengan perisian ini.Penerangan demi penerangan kami lakukan bagi memastikan segala informasi yang tepat telah kami sampaikan mengenai produk ini secara percuma.

Untuk pengetahuan semua,untuk lawatan kami di UTHM kami mempunyai stok yang sangat terhad dimana respon untuk produk ini sangat menggalakkan.Dan bagi mereka yang terawal sahaja boleh mendapatkannya secara terus dari saya.Tempahan awal juga boleh dilakukan bagi mengelakkan kesulitan.

Terima kasih dari hati yang paling dalam buat warga pelajar mahupun kakitangan UTHM diatas kerjasama yang baik dan diatas sikap yang mesra.Kepada kalian yang telah pun mendapat penerangan atau yang sudah melanggan,mohon uar-uarkan pada rakan taulan dan sahabat handai mengenai perisian ini.Semoga dengan cara ini kita dapat membantu di antara satu sama lain bagi melicinkan urusan seharian dan juga menggalakkan para siswi dan siswazah agar lebih kerap menggunakan 'kamus elektronik' seiring dengan teknologi terkini.

Sila hubungi saya di talian 017-2408409 atau terus ke kaunter kami untuk mendapatkan informasi yang sempurna secara percuma.Kami juga memberi peluang kepada mereka yang berminat secara serius untuk menjana pendapatan secara sambilan melalui perisian ini.



Sekian,Terima Kasih!


" Semoga ALLAH memberi rahmat & memberi kesihatan yang baik kepada sekalian makhluk! "


Ikhlas,
Nadiah

No comments:

Post a Comment