Saturday, December 31, 2011

Program Usahawan 2012

Assalamualaikum,Salam Sejahtera & Salam 1 Malaysia,

Semoga para pengunjung blog ini berada di dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa di bawah lindunganNYA.Seperti yang anda semua maklum kami di Maxideas Enterprise telah pun mencapai misi kami dalam program jelajah Universiti bagi mempromosikan produk Perisian CARIKATA E-KAMUS EDISI PREMIUM 2011.

Jutaan terima kasih dari hati yang paling dalam kepada para pembeli yang telah sudi melanggan serta secara tidak langsung mempercayai produk keluaran bumiputra sekaligus dapat memperkasakan bahasa melayu dan seterusnya mencapai objektif utama kami iaitu 'kekerapan menggunakan kamus'.

Di sini juga saya ingin mengambil kesempatan membuat sedikit pengumuman iaitu - Program Usahawan CARIKATA akan dibuka mulai 1hb Januari 2012 sehingga ke tarikh akhir yang akan diberitahu kelak.Program ini bertujuan untuk melahirkan Usahawan-usahawan dengan menjana pendapatan melalui produk Carikata dan niat kami juga adalah untuk melahirkan usahawan muda.

Untuk pengetahuan semua,ada di antara anda yang telah pun menemui Usahawan-usahawan Carikata.Ini adalah kerana,sebagai pemilik Carikata,anda pasti telah membeli dari salah seorang Usahawan Carikata.Ini kerana pihak Syarikat Amaniz Management sebagai pengeluar produk ini tidak menjual produk ini secara langsung terutama di premis-premis perniagaan.

Sebagai mana tahun lalu,Program Usahawan Carikata ini hanya akan dibuka selama beberapa hari sahaja ( di mana tahun lepas hanya 17 hari ) dan hanya menerima 25 orang usahawan terawal.

Ini memastikan setiap usahawan akan mempunyai hak pengedaran yang cukup luas dan pihak kami mudah membantu usahawan baru dengan menumpukan lebih perhatian terhadap pembangunan kemahiran dan teknik dalam memajukan perniagaan mereka.

Kami juga mengalu-alukan kepada mereka yang ingin menjadi Usahawan,dari Perlis,Kedah,Pulau Pinang,Perak,Johor Bahru,Melaka,Kelantan,Terengganu dan juga Pahang.Ini adalah kerana,di negeri-negeri ini kami tidak mempunyai ramai usahawan produk Carikata.Dan ini adalah peluang yang sangat baik untuk anda memulakan perniagaan anda seterusnya menjadi Usahawan yang berjaya.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut dan sebarang pertanyaan boleh terus menghubungi saya di talian 0172408409 atau layangkan emel kepada kami di maxideas.carikata@gmail.com
Program Usahawan Carikata ini juga terbuka kepada pelajar-pelajar IPT.

Di sini juga saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2012 kepada semua dan semoga tahun baru ini akan sentiasa diberikan kesihatan yang baik,segala urusan dipermudahkan dan lebih produktif dari tahun yang sebelumnya.

" Pepatah ada mengatakan,Bukan Senang Nak Senang..Dan Bukan Susah Nak Susah "

Ikhlas,
Nadiah

No comments:

Post a Comment